Guide to register for Malaysian Housemanship
Assalamualaikum and hello everyone. ;)
Hari ini, saya ingin berkongsi langkah2 yang perlu dilakukan oleh bakal2 doktor yang berhajat untuk melakukan latihan siswazah (housemanship) mereka di Malaysia. Hopefully panduan ni sedikit sebanyak akan dapat memudahkan urusan masing2. :)
Ada 3 agensi yang kita perlu pergi untuk mendaftar – SPA > MMC > KKM
Sebelum pergi mendaftar, sediakan salinan dokumen2 ni: (satu utk setiap agensi)
1) 3 salinan K/P
2) 3 salinan surat beranak
3) 3 salinan SIJIL SPM (slip tak boleh pakai)
4) 3 salinan sijil ijazah
5) 3 salinan transkrip result
6) 1 salinan sijil nikah (bagi yang dah berkahwin shj – kena hantar sekali dgn borang KKM)
*semua salinan perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan gred A, atau pesuruhjaya sumpah dsb
Step 1 (SPA) – isi borang SPA8i kat sini http://www.spa.gov.my/Portal/ . Lepas dah isi dengan lengkap, tunggu dalam 3 hari bekerja dan call mana2 nombor ni utk book tarikh temuduga dengan SPA: 03-88856339, 03-88856372, 03-88856313. Kelentong je cakap dah daftar dgn MMC, tapi make sure dah daftar dengan mmc SEBELUM tarikh temuduga.
Step 2 (MMC) – Isi dengan lengkap borang 4 (http://efenem.files.wordpress.com/2010/06/mmc-daftar.pdf) utk pendaftaran sementara MMC. Sertakan sekali benda2 ni:
1) 1 salinan KP
2) 1 salinan sijil SPM
3) 1 salinan surat beranak
4) 1 salinan sijil ijazah
5) 1 salinan transkrip result
6) bank draf/wang pos bernilai RM 20 atas nama “Pendaftar Pengamal Perubatan”
- pejabat MMC ni kat BLOK B, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jalan Cenderasari, KL (area masjid Negara). Kalau hantar pagi dlm kol 10, dalam kol 2pm dah siap sijil sementara kita. Ade yang tunggu sejam je, tengok rezeki masing2 hari tu ramai orang yang gi mendaftar atau tak.
- Lepas dah dapat sijil sementara MMC, buat dalam 3 salinan dan make sure sahkan juga. Satu sijil kena bagi masa submit borang KKM, satu bagi masa interview SPA, satu lagi masa induction kalau tak silap.
Step 3 (KKM) – ni paling senang, boleh buat sebelum atau selepas interview. Just isi borang maklumat diri (BMD) on the spot kat pejabat KKM and sertakan sekali semua dokumen yang dorang mintak. Nak dload and isi siap2 pun boleh. Pejabat KKM kat Putrajaya. http://www.moh.gov.my/forms?search=Borang+Maklumat+Diri+(BMD)
Step 4 – pergi interview SPA.
Step 5 – lepas interview, call balik nombor SPA yang korang call masa nak book tarikh interview and tanya status, berjaya atau tak. Kalau berjaya, dorg akan post Surat Pelantikan SPA lepas seminggu macam tu.
Step 6 – lepas dah dapat surat pelantikan, call KKM (nombor ada kat borang yg kita isi) utk tau tarikh induksi :)
Just as a heads up, I know that some of us fresh medical graduates, prefer to take some time off before beginning our journey as HOs. However, I would suggest you guys complete your registration first because the waiting list is LONG.
I myself am still waiting for my interview with the SPA, which will be held on the 28th November. Nearly TWO whole months of waiting after submitting my application to them. And then after the interview, I heard that we will have to wait for at least 1-2 months before receiving our induction letter. I don't know about you guys, but I believe the longer you delay, the longer you'll be leaving your brain to rot.
Apa2 pun, harap2 post ni sedikit sebanyak berguna untuk rakan2 seperjuangan saya. Feel free to direct any questions to me. I'll try to answer if I can.
4 comments:
Great blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
A design like yours with a few simple tweeks would really make
my blog jump out. Please let me know where you got your design.
Thanks
Feel free to surf to my site check my site
the transcript result is what actually??
interview spa kt mne?
interview kt spa putrajaya..transcript formal report result exam..from 1st year till 6th year..certain u xkuar lg yg 2nd sem 6th year..boleh je hantar yg 1st year till 1st sem 6th year+result xformal 2nd sem 6th year klu ade
Post a Comment